PETALING JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai mabuk ditemui rentung di tempat duduk penumpang hadapan selepas keretanya tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di lorong Touch 'n Go Plaza Tol Lebuh Raya Sprint Damansara berhampiran Hotel Eastin di sini pada pukul 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerja tol yang melihat seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk telah keluar dari kereta mewah jenis BMW terbabit.
Menurutnya, sejurus keluar dari kenderaan, mangsa kemudiannya bertindak duduk di kerusi penumpang hadapan dan terus tidur dalam kereta yang diletakkan di lorong tol berkenaan.
"Pekerja terbabit cuba mengejut mangsa namun kereta tersebut dikunci dan cermin tertutup rapat dalam keadaan enjin yang masih hidup.
"Bagaimanapun, kira-kira sejam selepas itu kenderaan terbabit tiba-tiba terbakar pada bahagian enjin dan mangsa ditemui rentung," katanya.
~berita dari http://kosmo.com.my
Sponsored By: TZVoxnet Sdn Bhd
Contact Us:
Websley: +60124335478
Amy: +60164786034
Leo: +60166651336 (WhatsApp Only)
Email:
*如有侵犯到您的权益,请联系我们,确认之后立即删除。If violation of your rights pleases contact us immediately deleted after confirmation