Melancong menjadikan kita belajar akan sesuatu tempat yang kita lawati samada dari segi sosiobudayanya, adat-adat dan persekitarannya di sesuatu tempat. Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Bagi yang suka melancong atau mengembara, beg sememangnya penting untuk kita bawa pergi bercuti. Mungkin cukup atau memadai dengan hanya satu beg bagi mereka yang bercuti dalam sehari atau dua hari. Tapi bagaimana yang ingin melancong lebih dari seminggu? Pastinya kita memerlukan bagasi yang lebih banyak bukan? Di sini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak tips melancong lama dengan hanya satu beg sahaja.
Ramai yang tidak tahu untuk menyusunkan pakaian mereka di dalam beg. Jadi, mereka mempunyai kesukaran untuk memuatkan kesemua baju yang diperlukan. Ini belum ditambah lagi dengan barangan keperluan yang lain. Tips yang pertama ialah dengan melipat dan susun pakaian dengan rapi untuk menjimatkan ruang di dalam beg. Ingat, Semua barang boleh dimuatkan sekiranya ianya disusun dengan cara yang betul dan teratur.
Membawa pakaian yang mudah kering adalah langkah yang bijak jika anda inginkan pelancongan yang lama. Ini kerana anda boleh memakainya berulang kali ketika bercuti. Ada yang sesetengah individu yang mempunyai tabiat untuk membawa pakaian lebih daripada yang diperlukan lagi-lagi wanita. Wanita juga mempunyai kesukaran untuk membawa hanya satu beg kerana banyak lagi barang keperluan lain yang harus dibawa seperti barangan wanita, tudung, telekung dan lain-lain. Jadi, pilih pakaian yang betul-betul kamu selesa supaya kamu boleh memakainya lagi bila di sana.
Pemilihan beg yang sesuai sangat penting lagi-lagi ke tempat destinasi yang anda ingin dituju. Contohnya jika anda pergi ke camping, mendaki bukit atau cuti yang santai, beg galas ataubackpacks adalah beg yang paling sesuai untuk digunakan kerana anda tidak perlu untuk memegangnya sepanjang masa. Anda juga perlu menyusun dengan rapi segala keperluan anda di dalam beg agar ianya muat.
Untuk keselamatan diri anda, adalah lebih baik jika anda mengasingkan dokumen penting seperti passport, beg dompet, telefon bimbit dan lain-lain ke dalam beg yang lain seperti beg silang yang kecil. Ia juga memudahkan anda untuk ke mana-mana sahaja tanpa perlu berasa risau.Buatlah beberapa salinan untuk dokumen yang penting sebagai back up. Jika hilang, anda boleh menggunakannya ketika membuat laporan polis.
Harap tips di atas dapat membantu anda. Jadikanlah melancong anda itu sebagai satu ibadah. Selamat bercuti!
Sponsored By: TZVoxnet Sdn Bhd
Contact Us:
Websley: +60124335478
Amy: +60164786034
Leo: +60166651336 (WhatsApp Only)
Email:
*如有侵犯到您的权益,请联系我们,确认之后立即删除。If violation of your rights pleases contact us immediately deleted after confirmation